Friday, July 22, 2011

erti hebat?

Most people only see the result of amazing, the effort put into being amazing is what is really
amazing. (abdulbary.tumblr)

Assalamualaikum ! ^_^


Define Amazing?
Extremely surprising or Very good.
atau dalam bahasa kebangsaannya Hebat. (betul kann?)

Sebenarnya manusia (saya saya) selalu mengambil apa yang terzahir.

Contoh?
4 flat itu amazing!
Betul ke? Salah, cuba lagi!

Kita, manusia selalu tengok apa yang ada depan mata. Percayalah, apa yang lebih dikira Allah ialah usaha =)

Meski kamu dapat kurang dari 2.0 sekali pun tapi usaha kamu sangat umppphhh, dari segi persediaan mental, rohanai atau jasmani, kamu lebih berhak bergembira daripada orang yang dapat 4.0 tapi usaha ala kadar je.

Pernah dalam satu daurah, ditanya soalan ni...

Kamu mahu...
belajar 7 jam dan dapat gred F
atau belajar 2 jam dan dapat gred A?

"2 jam... dan menjaga hubungan dengan Allah dan teknik belajar yang betul.." jawab peserta dengan yakin.

"tak boleh tambah syarat2 yang lain...ok lah kalau dua2 pihak yang belajar 7 jam dan 2 jam ni dua2 pon jaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Qiam tak tinggal.. ibadah lengkap..teknik belajar pon sama.. kamu mahu yang mana? belajar 7 jam dan dapat gred F atau belajar 2 jam dan dapat gred A" kata tukang soal.

Ehem. Susah nak jawab tapi jawab jugak, " belajar 7 jam dan dapat gred F "

Because in the end, it is not the result that will be asked to you.
"Wahai Atikah, SPM dapat berapa?"
tapi yang akan ditanya adalah...
"Wahai Atikah, apa usaha yang kamu buat untuk SPM?"

Jadi...

Kamu tahu apa itu yang amazing sebenarnya?
Hebat yang sebenarnya bukan terletak pada keputusan, tapi pada usaha seseorang.
Tapi itu lah human nature, kita nak result yang elok2 je kan?
Tapi kan, yang elok pada kita, mungkin sebaliknya pada Allah kan?

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

Mungkin 2.0 adalah yang terbaik buat kita... dan Allah kasi kita 2.0 untuk kebaikan kita juga.

"Hei hei cakap senang lah"

Yuppp, cakap memang senang. Taip lagi senang. Kalau bukan kita yang berada dalam sesuatu situasi tu...

Tapi kan, orang yang beriman itu kan orang yang yakin? dan rukun iman tu kan salah satunya 'percaya dengan qadha' dan qadar?
Sebagai orang yang beriman sepatutnya, hati kena rela dan redha dengan segala apa yang Allah
tentukan kan?

Mungkin Allah kasi apa yang kita tak mahu tu sebab Allah nak kita lebih banyak berdoa dekat dia?
Mungkin Dia nak uji iman kita?
Mungkin Dia nak kita lebih dekat?
Mungkin ini cara Dia nak tarbiyyah kita?
Sebab hakikatnya, manusia bila diuji dengan kesusahan... ketika itu lah dia akan kembali ke arah Yang Maha Kuasa itu...



ulang suara... cakap senang lah..

yaaa...
tapi sebenarnya itulah pentingnya memelihara keimanan ! =)
dengan iman lah kita dapat ke hadapan...

Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28)

“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).
hoho. jeles kan dengan orang yang imannya mantap?
bukan jeles semata-mata yang kita mahu.
sekadar kagum... heh tak ke mana.
maka berusahalah untuk menjadi orang yang beriman kental ^___^

So so...
Believe.
Have Faith.
Yakin.
Percaya.
Shiawase
With whatever Allah has destined you with =))

Eh cop, tapi itu bukanlah bermakna

"Aku dah ditakdirkan miskin selama-lamanya... buat apa nak berusaha lagi.. Redha..."

Salah konsep dong di situ.=_=''
Apa yang sepatutnya berlaku ialah,

"I'll do my best and I will let Allah do the rest"

Akhir kata, kita nak hebat pada pandangan Yang Maha Hebat, bukan sekadar hebat di mata manusia kann?

Sekian saja entry yang pendek dan secara bermalas-malasan. =)
Moga Dia redha.

No comments:

Post a Comment